Rayuan Wakaf Untuk Pembinaan Bangunan Utama, Asrama & Musolla

Tahfiz Al-Khalil(TAK) sedang giat mencari dana untuk pembinaan Kompleks Tahfiz Al-Khalil(KOMTAK). Tahfiz Al-Khalil amat memerlukan infaq dan sumbangan anda bagi terus memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak dan melahirkan generasi da’ie yang berilmu, bertaqwa dan beramal dan seterusnya menyemarakkan syiar Islam di seluruh alam.

Bangunan Utama

Bangunan utama merupakan bangunan 2 tingkat memuatkan kelas-kelas kuliah. Ruangnya yang luas dan fleksibel membolehkan penggunaan yang kreatif, menjadikannya sesuai juga untuk bengkel, dan seminar.

Asrama Pelajar

Asrama Pelajar adalah sangat diperlukan memberi kemudahan dan keselesaan serta kualiti pengalaman penginapan pelajar.

Musolla

Pembinaan musolla adalah penting dalam mendirikan solat jemaah, memberikan ruang untuk ibadah lain serta aktiviti keagamaan, sekaligus memupuk kebersamaan dan keharmonian di kalangan jemaah.

Dewan Serbaguna

Dewan serbaguna merupakan sebuah ruang yang dirancang untuk memenuhi kepelbagaian keperluan pelajar dan warga kerja. Selain itu, dewan ini juga menjadi tempat kegiatan dalaman yang bersifat sosial dan komuniti.

Bangunan Pentadbiran

Pembinaan bangunan pentadbiran berperanan sebagai pusat pengurusan bagi sekolah tahfiz, serta memainkan peranan penting dalam penyelarasan dan pengawasan operasi harian.

Kos Operasi

Peruntukan dana yang mencukupi untuk menyokong operasi dan penyelenggaraan . Dana ini digunakan untuk memastikan lingkungan pembelajaran yang kondusif, menyediakan peralatan pengajaran, pemeliharaan fasiliti, dan keperluan harian untuk para pelajar.

Sasaran dana ialah RM4.2 juta.
Marilah Bersama Menyumbang Pada Dana Kompleks Tahfiz Al-Khalil(KOMTAK) Di Bulan Ramadan Ini.

Tonton video penerangan dari pengasas, Tuan Al-Fadhil Ustaz Amir Syakirin Bin Maznan.

Pembinaan Sedang Berjalan Demi Syiar Islam

Objektif Tahfiz Al-Khalil ditubuhkan ialah untuk memberikan pendidikan asas Al Quran dan fardhu ain dan seterusnya melahirkan pelajar yang menjadi da’ie yang yang berilmu dan bertaqwa.

Masih banyak dana diperlukan untuk menjayakan pembinaan dan pembangunan Kompleks Tahfiz Al-Khalil(KOMTAK).

Menggilap Da’ie Berilmu dan Bertaqwa

Dalam usaha menggalakkan dakwah yang berkesan dalam masyarakat, penting untuk memberi penekanan kepada pembangunan dan penyempurnaan ilmu serta ketakwaan dalam kalangan para da’ie. Kombinasi antara ilmu yang mendalam dan ketakwaan yang teguh dapat membentuk personaliti da’ie yang berkualiti, mampu memberi impak positif dalam menyampaikan pesanan agama kepada umat. Oleh itu, langkah-langkah untuk menggilap dan menyempurnakan aspek ilmu dan ketakwaan dalam kalangan para da’ie perlu diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya..

100+

Pelajar Boleh Ditempatkan

12

Bakal Guru/Pegawai

2025

Dijangka Beroperasi

1

Harapan

Sumbangan Online Memudahkan Urusan

Kami menyediakan kemudahan untuk membuat sumbangan secara sekali sahaja(one time off) atau secara bulanan menggunakan kad debit/kad kredit, Apple Pay, Google Pay dan GrabPay.

Ayuh. Marilah kita menyumbang sekarang!

Sabda Rasulullah SAW: “Pada setiap hari ketika orang berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun, satu daripadanya berdoa, “Ya Allah! Berikanlah sesuatu gantian kepada orang yang suka berderma.” Sementara yang lain berdoa, “Ya Allah. Berikanlah kebinasaan kepada orang yang bakhil!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Pada setiap hari ketika orang berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun, satu daripadanya berdoa, “Ya Allah! Berikanlah sesuatu gantian kepada orang yang suka berderma.” Sementara yang lain berdoa, “Ya Allah. Berikanlah kebinasaan kepada orang yang bakhil!”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tweet

Berita & Post Terbaharu

Gambaran Orang Sombong Di Akhirat

Ustaz nak berkongsi pasal gambaran orang sombong di akhirat. Ayuh bersama! عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ…

Lembutkan Hati Dengan Zikir

Ustaz nak berkongsi mengenai lembutkan hati dengan zikir. Ayuh bersama! Seorang lelaki telah datang bertemu…